Lesu Dan Sering Mengantuk Tanda Badan Penuh Toksin

KENAPA BADAN LESU DAN SERING MENGANTUK?

Perasan tak, ada masa tertentu kita rasa badan lesu dan sering mengantuk? Kejap kejap menguap, kejap kejap menguap…dekat office pulak tu. Padahal tidur dah cukup. Jerawat pun makin banyak yang singgah. Kenapa ye? Kalau dah memang cukup tidur dan rehat, cukup makan dan kerap juga bersenam tapi badan tetap lesu dan mudah mengantuk di siang hari, kemungkinan besar badan anda penuh toksin. Ya, toksin. Jangan tak tahu toksin masuk ke dalam badan SETIAP HARI melalui pelbagai cara.

 

lesu dan sering mengantuk tanda badan penuh toksin 3

 

Organ hati berfungsi secara semulajadi membuang segala toksin yang masuk ke dalam badan. Tapi, toksin yang masuk terlalu banyak dan tak dikeluarkan adalah sangat bahaya. Ia akan membebankan fungsi organ hati. Sebab tu, walaupun dah cukup rehat dan tidur, makan terjaga dan bersenam tetap juga badan lesu dan sering mengantuk. Hati tidak dapat bekerja dengan efficient untuk keluarkan toksin berlebihan. 

TANDA BADAN PERLU DETOKS

Detoks atau detoksifikasi adalah proses penyahtoksin dalam badan dan optimumkan fungsi organ hati. Detoks umpana a fresh start untuk dapatkan semula tubuh badan yang sihat, cergas dan bertenaga. Selain itu, detoks juga memberi 8 kelebihan lain secara tak langsung, macam dalam gambar di bawah. Best ke best? Hehehehe…

lesu dan sering mengantuk tanda badan perlu detoks

8 kelebihan detoks ini akan saya kupas lebih lanjut dalam entry yang akan datang. Dan sebelum anda buat keputusan untuk memulakan program detoks, pastikan anda baca dulu 6 tips di bawah.

TIPS SEBELUM MEMULAKAN PROGRAM DETOKS

lesu dan sering mengantuk tanda badan perlu detoks

  1. Tentukan tujuan utama nak buat detoks – Agak ramai yang salah faham ingat detoks ni untuk diet dan kurangkan berat badan. Walaupun betul detox akan ada efek weight loss, fahami tujuan sebenar detoks adalah membuang toksin dalam badan.
  2. Pilih masa yang sesuai – Ini penting kerana nak pastikan kita betul-betul disiplin. Kalau boleh pilih masa yang tiada kenduri kendara atau program makan-makan. Tapi kalau memang jenis yang kuat semangat takpe 🙂
  3. Pilih menu yang ingin dimakan sepanjang detoks – Saya dah tentukan siap-siap menu apa yang akan saya sediakan atau beli sepanjang 7 hari detoks. Buat list untuk setiap hari.
  4. Shopping! Pastikan kesegaran makanan, beli untuk 2-3 hari dahulu – Disebabkan program detoks ini melibatkan banyak menu buah dan sayur, cara untuk pastikan ianya segar adalah beli setiap hari dan terus masak. Kalau tak mampu boleh beli terus untuk 2-3 hari.
  5. Bersedia fizikal dan mental – Program ni nampak macam senang tapi sangat mencabar dan perlukan semangat yang tinggi. Kalau tak, takde la partner saya terhenti di hari ke 2 hahaha…
  6. Cari pasangan supaya lebih enjoy buat sama-sama dan boleh share the menu – Buat bersama-sama lebih semangat sikit kan, berbanding buat sorang. So cari pasangan. The best is suami/isteri masing-masing lah.

Next entry saya akan kongsi pengalaman detox 7 hari yang sangat mengujakan! Nak tahu berapa kilo saya hilang? Apa efek penting yang saya rasa? Stay tuned dan follow rapat-rapat okay! 🙂

Leave a Reply