Mitos Tentang Soya Yang Ramai Salah Faham

soya non gmo shaklee

Ini salah satu mitos tentang soya yang ramai salah faham. Minum soya buat lelaki kurang subur dan ada ciri-ciri wanita. Soya adalah salah satu makanan yang sangat kontroversi. Sebenarnya ada banyak pendapat dari pakar pemakanan dan juga pakar perubatan yang mengkaji tentang kebaikan kacang soya. Kacang soya yang sangat resourceful, boleh hasilkan macam-macam produk makanan. Antaranya susu soya, miso, tempe, kicap, taufu, suplemen protein, minyak dan lain-lain lagi.

MITOS TENTANG SOYA #1 – SOYA MERANGSANG SEL KANSER

soya punca kanser

Pengambilan soya pada kadar sederhana tidak menunjukkan rangsangan terhadap sel kanser atau menyebabkan kanser berlaku. Malahan ianya mampu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser prostat. Kajian yang dijalankan terhadap 73,000 wanita di China menunjukkan wanita yang mengambil sekurang-kurangnya 13 gram protein soya setiap hari mempunyai 11% risiko lebih rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang mengambil kurang dari 5 gram protein soya. Terutama sekali wanita pra-menopause. Kadar kes kanser payudara di negara Asia juga adalah lebih rendah.

MITOS TENTANG SOYA #2 – SEMUA PRODUK SOYA ADALAH GMO

soya bukan gmo

Susah nak bezakan mana satu soya GMO dan yang mana bukan GMO. Soya kebanyakkannya ditanam dia US. Lebih 90% soya yang ditanam di US adalah GMO dan ladang tanaman disembur dengan herbisid (racun rumput/lalang) yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Walaupun kebanyakan kacang soya ditanam dengan kaedah GMO, masih ada sebenarnya yang non-GMO. Memang agak susah untuk didapati tapi tak mustahil. Klik sini untuk ketahui satu sumber soya non-GMO yang ada di jual di seluruh Malaysia.

MITOS TENTANG SOYA #3 – SOYA MENYEBABKAN LELAKI KURANG SUBUR

soya kurangkan kesuburan lelaki

Kacang soya mengandungi phytoestrogen yang menyerupai hormon estrogen yang ada dalam tubuh badan wanita. Namun begitu, phytoestreogen yang ada dalam tumbuhan seperti kacang soya adalah lemah. Tidak seperti hormon estrogen yang ada dalam tubuh wanita. Oleh itu, ia tidak bertindak seperti hormon wanita di dalam tubuh badan lelaki. Tiada bukti kukuh atau kajian saintifik yang menunjukkan phytoestrogen dalam kacang soya menyebabkan lelaki mendapat ciri-ciri wanita dan masalah kurang subur. Sebaliknya, ada kajian menunjukkan pengambilan soya tidak mengubah paras testosteron lelaki. Malahan membantu mengurangkan risiko kanser prostat apabila semakin meningkat usia.

MITOS TENTANG SOYA #4 – PHYTOESTROGEN MERENCATKAN FUNGSI KELENJAR TIROID

Banyak kajian ke atas manusia yang sihat dan normal tidak menunjukkan sebarang perkaitan antara fungsi kelenjar tiroid dan phytoestrogen (isoflavone). Namun begitu, beberapa kajian menunjukkan isoflavone boleh merencat fungsi tiroid bagi mereka yang sedia ada mempunyai masalah tiroid yang lemah (hypothyroidism). Golongan ini perlu berhati-hati.

MITOS TENTANG SOYA #5 – SOYA GANGGU TUMBESARAN KANAK-KANAK

Ada mitos meyatakan susu formula berasaskan soya menggangu tumbersaran reproduktif kanak-kanak. Susu soya adalah alternatif yang sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun ke atas yang mempunyai alahan dengan susu lembu, lactose-intolerant dan yang memang tak suka minum susu lembu. Tiada asas atau kajian kukuh yang menunjukkan soya menggangu pertumbuhan, perkembangan sistem reproduktif dan juga sistem imun kanak-kanak. Jadi tak perlu risau kalau anak anda suka minum susu soya.

SEDERHANA DALAM PENGAMBILAN

Pengambilan produk makanan berasaskan soya yang diamalkan secara sederhana tidak memudaratkan malah memberi manfaat kepada kesihatan. Antaranya mengurangkan risiko kanser, sumber protein lengkap dengan 9 asid amino, rendah glisemik indeks (sesuai untuk pesakit diabetes), menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan juga mengurangkan risiko osteoporosis.  Apa jenis makanan sekalipun, kita digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang sederhana atau sesuai dengan tujuan. Dan makanlah mengikut piramid makanan dengan betul.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.

Rujukan:

  1. https://www.webmd.com/breast-cancer/features/soy-effects-on-breast-cancer#1
  2. https://dribnusina.blogspot.my/2017/02/kacang-soya-mudarat-atau-manfaat.html
  3. https://www.healthline.com/nutrition/phytoestrogens-and-men#section4
  4. https://www.healthline.com/health/prostate-cancer/foods-for-prostate-health#legumes-and-soy5
  5. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-blog/soy-breast-cancer/bgp-20204055

Leave a Reply