Pesakit gout biasanya hanya bergantung pada ubat dan rawatan doktor apabila terkena serangan gout. Tidak ramai yang tahu bahawa selain dari rawatan doktor, ada cara berkesan mengelakkan serangan gout secara berulang. Cara ini dikongsikan oleh Doktor Anya Tay ketika saya menghadiri kelas “Beat Gout Naturally” baru-baru ini. Beliau turut berkongsi terapi nutrisi yang diperlukan oleh pesakit gout agar sakit gout dapat dikawal.
9 Cara Berkesan Mengelakkan Serangan Gout
Menurut Dr Anya, kesemua 9 cara ini telah dikenalpasti boleh membantu risiko serangan gout. Maka kesemua 9 cara ini perlu dilakukan.
#1 – Kekalkan BMI berat badan antara 18-24
Ini merupakan langkah asas untuk cara mengelakkan serangan gout berulang kembali. Faktor berat badan memainkan peranan yang sangat penting. Ini kerana, sendi yang telah diserang gout tidak mampu menampung berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan merupakan salah satu punca serangan gout secara berulang.
#2 – Elakkan makanan tinggi purine
Pernah dengar yang orang sakit gout tak boleh makan seafood? Ya, memang betul. Sebolehnya elakkan makanan laut kerana ianya tinggi kandungan purin. Purin adalah sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam sesetengah makanan. Kandungan purin yang tinggi akan menyebabkan paras asid urik meningkat di dalam tubuh dan seterusnya menjadi gout. Beberapa contoh makanan tinggi, sederhana dan rendah kandungan purin adalah seperti jadual berikut.
Purin Paling Tinggi (Elakkan) | Purin Sederhana (Sedikit sahaja) | Purin Rendah |
Ikan, Sardin Dalam Tin | Kacang Soya (non-GMO) | Epal, Pisang, Avocado, Apricot |
Ikan Bilis | Daging Ayam | Sayuran Hijau |
Daging Merah | Sosej | Kekacang |
Organ Dalaman Haiwan | Scallop | Kentang |
Kerang | Udang | Kurma Kering |
Faktor pemakanan amat penting untuk pesakit gout. Boleh juga dapatkan senarai kandungan purin dalam makanan daripada doktor/dietitian anda.
#3 – Jauhi alkohol
Cara berkesan untuk mengelakkan serangan gout juga adalah jauhi minuman beralkohol. Ini kerana alkohol menggalakkan simptom-simptom penyakit gout bagi mereka yang berisiko, walaupun belum pernah terkena serangan gout.
#4 – Kurangkan pengambilan minuman manis & karbohidrat yang diproses
Minuman tinggi gula dan refined karbo merupakan antara punca keradangan (inflammation). Keradangan akan menyebabkan bahagian tubuh yang mempunyai lebihan asid urik menjadi sangat perit. Alternatif lain, boleh juga mencuba 3 jus istimewa yang dirumus khas untuk pesakit gout disini.
#5 – Minum air kosong sebanyak 3 liter setiap hari
Air kosong yang mencukupi penting untuk memastikan urine (air kencing) dapat ditapis dengan baik oleh buah pinggang. Sekiranya air tidak mencukupi, risiko kepada buah pinggang pula. Namun, pesakit buah pinggang perlu dapatkan nasihat doktor.
#6 – Keadaan tubuh yang beralkali
Asid urik lebih mudah terlarut dalam keadaan pH yang lebih beralkali. Jadi, kurangkan makanan yang tinggi asid dan lebihkan makanan beralkali contohnya, Apple Cider Vinegar (ACV), Alfalfa sprout, Burdock root dan juga Kombu.
#7 – Detox
Detox dapat membantu memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang. Detox dalam selang masa yang tetap (contoh, setiap 3 bulan) boleh membantu membuang asid urik yang berlebihan dalam badan.
#8 – Jauhi penyakit lain
Sentiasa pastikan menjaga kesihatan dengan baik, kawal pemakanan dan bersenam agar penyakit lain seperti penyakit berkaitan jantung, kolesterol tinggi, buah pinggang dan lain-lain. Ini kerana penyakit lain menyebabkan risiko gout lebih tinggi.
#9 – Suplemen yang sesuai
Suplemen juga salah satu cara berkesan mengelakkan serangan gout. Namun, pastikan pilih yang sesuai dan selamat ya. Berikut saya senaraikan terapi nutrisi yang sesuai untuk pesakit gout.
i) B complex – Sangat penting untuk hampir kesemua chemical reaction di dalam tubuh. Mampu mengurangkan risiko serangan gout sehingga 70%.
ii) Vitamin C – Mengurangkan penghasilan asid urik.
iii) Quercetin – Mengurangkan radang dan memberi kelegaan ketika serangan gout. Boleh didapati dari Elderberry, Anggur Merah, Epal dan sayur Kale.
iv) Fiber – Pengambilan fiber memastikan pembuangan asid urik dengan lancar melalui usus dan buah pinggang.
v) Asid Lemak Omega-3 – Mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh asid urik di sendi.
vi) GLA – Diambil bersama Omega-3 untuk mengurangkan keradangan.
vii) Resveraterol & Cucumin – Anti-radang yang sangat powerful, melindungi dan membina semula tisu yang rosak. Contoh : Muscadine Grape.
viii) Kalsium, Magnesium, Boron & Mangan – Mineral yang penting untuk elak kerosakan tulang.
Kesemua terapi nutrisi di atas ada didalam rangkaian produk suplemen kesihatan yang terbukti berkesan dan selamat, iaitu Shaklee. Setiap satu memainkan peranan penting bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengurangkan risiko serangan gout.
Hubungi saya untuk dapatkan sekarang suplemen Shaklee sebagai sokongan cara berkesan mengelakkan serangan gout.
SAFIAH ADIBAH
Klik Sini >> 016-3334945
PENGEDAR SAH SHAKLEE KLANG, SHAH ALAM, PUCHONG PERMAI, IPOH & KUALA KURAU.
ID 1153284