3 Resepi Jus Untuk Kurangkan Sakit Gout (Wajib Cuba!)

Selain daripada mengawal corak pemakanan, pesakit gout boleh mengurangkan risiko serangan gout dengan 3 resepi jus untuk kurangkan sakit gout ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang doktor pakar ketika sesi perkongsian ilmu berkenaan penyakit gout yang saya hadiri baru-baru ini. Mari kita lihat resepi yang mudah ini.

RESEPI JUS UNTUK KURANGKAN SAKIT GOUT #1

Epal 1 biji – Timun 150 g – Peria 150 g – Capsicum Hijau 100 g – Celery 120 g ( 1 hidangan sehari)

Basuh bersih, blend (terbaik menggunakan slow juicer) tanpa ditambah air atau gula. Resepi ini juga sesuai diminum oleh pesakit diabetes kerana mempunyai jumlah gula yang sangat rendah. Sekiranya tiada slow juicer di rumah jangan risau. Pakai saja blender biasa tambah air sedikit dan blend sampai hancur. Tapis untuk dapatkan jus dan minum. Rasanya mungkin tak sesedap slow juicer tapi khasiatnya tetap sama. Jus ini berwarna kehijauan seperti gambar di bawah. Mempunyai rasa sedikit pahit kerana dicampur peria tapi bak kata pepatah yang pahit itu la ubat terbaik kan.

RESEPI JUS UNTUK KURANGKAN SAKIT GOUT #2

Lobak merah 150 g – Celery 120 g – Epal 1 biji ( 1 hidangan sehari)

Sama juga kaedahnya seperti Resepi 1 di atas. Basuh bersih, blend (terbaik menggunakan slow juicer) tanpa ditambah air atau gula. Resepi ini juga sesuai diminum oleh pesakit diabetes kerana mempunyai jumlah gula yang sangat rendah. Sekiranya tiada slow juicer di rumah jangan risau. Pakai saja blender biasa tambah air dan blend sampai hancur. Tapis untuk dapatkan jus dan minum. Jus ini berwarna merah oren hasil dari perahan lobak merah. Resepi ini rasanya lebih sedap dari Resepi 1 di atas. Bukan sahaja warnanya menarik, tetapi sekiranya diamalkan setiap hari boleh mengurangkan sakit yang dialami pesakit gout.

RESEPI JUS UNTUK KURANGKAN SAKIT GOUT #3

Buah ceri 100 g – Lemon 1 biji – Air sejuk 500 ml ( 2-3 hidangan sehari )

Jus ini tak sesuai untuk pesakit gout yang ada diabetes sebab agak manis. Jus untuk kurangkan sakit gout yang ketiga ini tak perlu gunakan slow juicer. Cuma perlu blend sahaja semua bahan tertera di atas dan minum. Buangkan biji buah ceri dan perah jus lemon, campurkan 500 ml air sejuk dan blend. Rasanya masam manis yang tentunya sedap.

Menurut Doktor Anya, pesakit Gout memerlukan air yang mencukupi untuk memastikan urine dapat dicairkan dan dibuang dengan baik sekaligus mengelakkan komplikasi buah pinggang. Oleh itu, ikhtiar jus ini bukan sahaja mampu mengurangkan sakit ketika serangan tetapi membantu pesakit Gout mendapatkan jumlah air yang mencukupi untuk tubuh badan mereka. Amalkan setiap hari selama 7 hari untuk setiap resepi sebelum bertukar kepada resepi yang lain. InsyaAllah, semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply