Kencing manis bukan lagi satu penyakit baru di kalangan rakyat Malaysia. Statistik menunjukkan terdapat 2.6 juta pesakit kencing manis yang dilaporkan pada tahun 2014, dan angka tersebut meningkat ke 3.5 juta orang pada tahun berikutnya. Dianggarkan 1 daripada 7 orang dewasa merupakan penghidap kencing manis, sama ada mereka sedar atau tidak. Oleh itu, amat penting untuk kita tahu cara kawal paras gula dalam darah.
Sehingga entry ini ditulis, masih belum ada rawatan spesifik untuk penyakit kencing manis yang boleh membantu pesakit pulih sepenuhnya. Ubat yang diberi oleh doktor pula bergantung kepada sejauh mana tahap kritikal kencing manis yang dihidapi. Kalau di peringkat awal dan pankreas masih mampu menghasilkan insulin, kemungkinan doktor hanya akan memberi ubat untuk merangsang penghasilan insulin, meningkatkan kepekaan sel-sel badan terhadap insulin atau merencatkan tindakan enzim tertentu di dalam usus kecil untuk melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Jika pankreas tidak lagi mampu menghasilkan hormon insulin, pesakit terpaksa dicucuk dengan insulin setiap hari kerana ketiadaan insulin akan menyebabkan paras gula tidak terkawal. Sekiranya berterusan, komplikasi lain pula yang datang seperti berikut:
1) Penglihatan kabur sehingga buta. Buta yang disebabkan oleh kencing manis hampir tiada peluang untuk melihat semula.
2) Kegagalan buah pinggang. Jika kedua-dua belah mengalami kegagalan, pesakit perlu menjalani dialisis.
3) Serangan jantung,
4) Terdedah dengan macam-macam jenis jangkitan, seperti jangkitan kulat pada kulit, jangkitan ulcer pada kaki dan juga jangkitan paru-paru.
5) Paling ditakuti, komplikasi yang menyebabkan pemotongan anggota badan terutamanya bahagian kaki yang disebabkan oleh laluan pembuluh salur darah (arteri) terhalang.
Boleh juga baca lebih lanjut tenatng kesan/komplikasi lain akibat penyakit kencing manis di blog Dr Nurul Yusuf berikut:
http://drnurulyusof.blogspot.my/2013/11/kesan-akibat-diabetes.html
Dalam kebanyakan kes, pesakit kencing manis hilang nyawa bukan kerana paras gula yang tinggi, tetapi disebabkan oleh komplikasi-komplikasi seperti di atas. Paras gula yang tinggi, meskipun bahaya tetap boleh dikawal dengan cara tertentu. Sebab itu, adalah sangat penting untuk pesakit kencing manis sentiasa peka dengan bacaan gula dan kawal kandungan gula dalam darah mereka.
CARA KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH DENGAN BERKESAN
Selain daripada menjaga corak pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat, dan patuh kepada jadual makan ubat doktor, ada makanan tambahan (suplemen/vitamin) yang boleh membantu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah dengan berkesan. Ini apa yang berlaku kepada ibu salah seorang groupmate kami, Kak Saliza yang mana ibunya telah bertahun lamanya disahkan menghidap kencing manis dan menjalani rawatan dialisis sejak 2014 lagi.
Doktor bagi nasihat supaya ibu Kak Saliza sentiasa jaga pemakanan sebaiknya. Oleh kerana tak sanggup melihat ibunya kerap kelihatan lemah setiap kali selepas dialisis, Kak Saliza mencari cara untuk membantu menambah tenaga ibunya.
Sebenarnya, Kak Saliza bukanlah seorang yang percaya dengan suplemen atau vitamin ni, tapi atas nasihat kawan untuk mencuba Vivix, dia cuba juga. Setelah 2 minggu konsisten dengan Vivix, nak dijadikan cerita satu hari tu Kak Saliza terlupa nak cucuk insulin dan bagi ubat pada ibunya. Menurut Kak Saliza, kalau terlupa cucuk insulin dan makan ubat bacaan kencing manis akan naik sehingga 20 mmol/L.
Namun apa yang berlaku hari itu buat Kak Saliza sangat teruja. Bila dia check, bacaan kencing manis ibunya turun kepada 9.6 mmol/L! Seronok sangat sampai pagi-pagi buta dah share good news ni dengan kami. Alhamdulillah, kita memang disuruh usaha, Allah juga yang mengizinkan.
Asalnya bagi Vivix untuk penambah tenaga tapi tanpa sedar bacaan kencing manis pun turun sekali. Orang putih kata kill two birds with one stone kaedahnya. Alhamdulillah.
Walaupun bacaan paras gula dah turun, ubat dan rawatan doktor tetap kena teruskan ye. Melainkan doktor sendiri yang bagi keizinan untuk stop. Jangan anggap suplemen boleh ganti ubat, walaupun nampak keberkesanannya. Suplemen cuma membantu sahaja.
APA ITU VIVIX?
Vivix merupakan minuman botani dari Shaklee yang lazat yang mengandungi campuran khas termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldebri Eropah dan juga Lobak Ungu.
KEISTIMEWAAN VIVIX
Campuran proprietari saintifik termaju dari Shaklee adalah berasaskan Anggur Muscadine – salah satu buah-buahan semulajadi yang paling sukar diperolehi dan paling berkhasiat. Anggur Muscadine mempunyai rangkaian lengkap polifenol yang tidak ditemui dalam anggur lain.
Tidak seperti anggur lain, Muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
KAITAN ANTIOKSIDAN & PARAS GULA DALAM DARAH
Selain pesakit kencing manis, kita semua digalakkan untuk memakan makanan yang kaya dengan antioksidan. Ini kerana, setiap dari kita terdedah kepada radikal bebas yang terhasil dalam kehidupan seharian. Contohnya, asap rokok, alkohol, lemak jahat, cahaya matahari berlebihan, radiasi dan juga pencemaran alam yang mana semua faktor ini menyumbang kepada terhasilnya radikal bebas dalam tubuh badan.
Oleh itu badan sangat memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan (radikal bebas) bagi memelihara kesihatan tubuh.
Antara contoh antioksidan adalah Vitamin A, C dan E, beta carotene dan beberapa lagi.
Pesakit kencing manis yang mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti Vitamin A, C dan E mempunyai peluang untuk mengelak dari komplikasi-komplikasi kencing manis seperti di atas. Ini kerana kadar antioksidan dalam badan berkait rapat dengan paras gula dalam darah.
Semakin rendah kadar antioksidan dalam tubuh, semakin tinggi paras gula dalam darah. Antioksidan membantu dengan cara meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel dalam tubuh.
Oleh itu, pengambilan antioksidan sangat penting dan membantu pesakit kencing manis mengurangkan risiko mendapat komplikasi kencing manis. Antioksidan yang tinggi dalam Vivix menjadikannya suplemen yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh pesakit kencing manis, sepertimana yang dikongsi di bawah.
TESTIMONI #1 CARA KAWAL PARAS GULA
TESTIMONI #2 PESAKIT KENCING MANIS SETIA DENGAN VIVIX
TESTIMONI #3 BACAAN GULA MAKIN STABIL, LUKA MAKIN SEMBUH
TESTIMONI #4 PARAS GULA TURUN SELEPAS 1 BULAN
TESTIMONI #5 BACAAN KENCING MANIS SEMAKIN RENDAH
NAK JIMAT RM200? HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN VIVIX DENGAN HARGA JIMAT.
016-3334945
Whatsapp/call/sms
SAFIAH ADIBAH
PENGEDAR SHAKLEE KLANG
ID 1153284
POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
*Vivix adalah suplemen, bukan ubat. Meskipun ianya terbukti mampu menyihatkan badan, ia TIDAK bertujuan untuk menggantikan ubat untuk membuat diagnosis, merawat dan menyembuhkan sebarang penyakit.